Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bicara dengan anda? Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda. Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?
Kerana
itu sikap seorang lelaki
Tetapi, itulah sikap seorang lelaki.
Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak
diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang
terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Apabila
mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on
asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini
membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang
diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang
diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi
masalah. Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan
bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si
dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk
berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali
dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan
cara sebegitu.
Apa
yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda merasakan si dia
sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia
memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka
berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan
kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki
mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian.
Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan.
Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula. Mudah-mudahan
dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan
diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu
memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips tentang pasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar
sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya

0 comments:
Posting Komentar