Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa
sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan
yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang
membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun
bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia
sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek
diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku,
“Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih
dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend
dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju
jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend
kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai
kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik
jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa
aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya
berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak
lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak
janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak
jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu.
Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak
sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia
tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun
air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk
mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama.
Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku
sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku
lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang
dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan
membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia
perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan
keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku
menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa
bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk
aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga
masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu
kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan
selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu
mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan
sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu
ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada
aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak
pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang
hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan
itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan
kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol
itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru
kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada
kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak
dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca
setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak
tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati
itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing
until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang
seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua
origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang
ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali
aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca
kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti
seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun
mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di
mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki
kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan
mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi
menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar
yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku
menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah
pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba
denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada
dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor
dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia
cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan
aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku
sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku
bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga
sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang
meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar
botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku
biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas
untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak
kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum
sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang
cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang
minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang
dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek
ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak
ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di
kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia
sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung.
Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga,
boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya
happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia
cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada
dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu
terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku
dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik.
Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok
awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak
lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak
mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam
ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya
tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup
muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup
untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang
lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku
padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya
sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu
memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh.
Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu.
Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun
tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun
sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu
menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan
mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke
dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja
dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi
serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap
perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang
juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku
sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi
dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu
cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak
nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat
melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat
takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk
hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah
ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh
dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca
botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk
kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah
wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi
aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang
kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia
tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi
aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku.
Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku
biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh
dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku
hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang
lain.
0 comments:
Posting Komentar