1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
S.W.T.

0 comments:
Posting Komentar